Ahad, 28 Ogos 2011

Di sini aku bermula

Salam Syawal buat sahabat yang beragama islam dan sejahtera bagi rakan yang lain.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua dan memohon maaf kepada sebarang kekurangan yang ada.

Inilah wajah satu senja bandar  saya di lahirkan atau lebih glamor dengan Pekan Tapah oleh masyarak di sini. Miski pun telah lama di mamah masa dan meningkat usia, namun Tapah tidak ketinggalan menerima perubahan dan pembangunan.

Separuh abad yang berlalu wajah Pekan kecil ini tidak seperti sekarang yang sepi bila menjelang senja. Tiada deruan kenderaan motor apatah lagi Proton saga dan Produo ketika itu, bahkan peniaga - peniaga akan menutup operasi perniagaan mereka seawal petang.

Dengan arus pembangunan dan kemajuan yang rancak bandar kecil ini sedia menerima perubahan dan peniaga - peniaga mampu menarik nafas lega dengan pertambahan kuasa membeli dan kunjungan pengunjung dan pelancung luar yang datang bersantai bersama keluarga di Lata Iskandar dan Lata Kinjang.

Terima kasih saya kepada pembangunan yang dibawa ke mari dan kini Tapah lebih di kenali. Saya tumpang gembira dan bangga dengan Lahirnya UiTM cawangan Tapah di Tapah Road yang pastinya akan  memberiki kemudahan kepada masyarrakat Tapah dan sekitarnya menimba ilmu ditempat sendiri.  Tidak kurang pentingnya pengujudan Sekolah Menengah Sains Tapah dan Kolej Komuniti Tapah yang semua ini untuk generasi yang akan mewarisi bumi bertuah ini.

Kini Pusat Giat Mara Tapah rancak dalam pembinaan dan akan beroperasi bila siap kelak di Pekan Temoh. Semua ini untuk Generasi sekarang dan akan datang. Berbeza dizaman kecil saya dulu yang menjadikan Sek Men Buyong Adil dan Sekolah Abdul Hamid Khan sebagai tempat golongan pelajar menimba ilmu ketika itu.

Tesergam Indah Mahkamah Rendah/Tinggi Syariah Tapah yang disempurnakan oleh Raja Dr Nazrin Syah persamianya sebulan yang lalu sebagai mercu tanda Syiar Islam di Daulatkan di bumi bertuah ini dan bagi menjaga kepentingan masyarat islam tidak terabai. Sebelum ini Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Tapah dan Pejabat Lembaga Urusan Tabung Haji Daerah Tapah juga telahpun di ujudkan dan menjadi tempat masyarakat islam sekitar Tapah mendapatkan perkhidmatan.

Kompleks Penjara Tapah di Tapah Road juga salah satu pembangunan yang di bawa oleh kerajaan dan tidak boleh disangkal oleh mana - mana pihak. Usaha kerajaan untuk mengekalkan kemamanan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat kedaulatan undang - undang menjadi pegangan semua lapisan masyarakat Malaysia lantas Batalion 4 RAMD dijalan Pahang dan Komplek PGA dijalan Bidor  dinaiktaraf . Pembangunan yang dibawa ini juga telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi di Tapah.

Tuntutan untuk mengujudkan komplek perniagaan baru bagi keselesaan perniaga dan untuk menarik pelancung luar Tapah juga telah menarik perhatian pemaju yang turut sama ingin melihat Tapah terus maju dan berkembang seiring dengan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Justeru itu Komplek Perniagaan Swasta sedang rancak dalam pembinaan di bandar Tapah akan memberi impak kepada kita semua.

Saya berharap impian untuk melihat sebuah Masjid Daerah yang akan menjadi mercu tanda penyatuan masyarakat melayu dan masyarakat islam tanpa mengambil kira fahaman dan ideologi bagi menggantikan Masjid Daerah yang sedia ada akan menjadi kenyataan . Harapan saya Masjid Daerah yang bakal di bangunkan ini juga mampu menarik perhatian pelancung dan akan membantu dalam menggerakkan ekonomi masyarakat perniaga dan petani di sekitar Tapah.  

Harapan saya dengan kemajuan dan pembangunan serta perubahan - perubahan yang dibawa akan mengerak dan merancakkan ekonomi  Tapah ke tahap yang lebih baik.                                                                                                                         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan