Ahad, 28 Ogos 2011

Di sini aku bermula

Salam Syawal buat sahabat yang beragama islam dan sejahtera bagi rakan yang lain.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua dan memohon maaf kepada sebarang kekurangan yang ada.

Inilah wajah satu senja bandar  saya di lahirkan atau lebih glamor dengan Pekan Tapah oleh masyarak di sini. Miski pun telah lama di mamah masa dan meningkat usia, namun Tapah tidak ketinggalan menerima perubahan dan pembangunan.

Separuh abad yang berlalu wajah Pekan kecil ini tidak seperti sekarang yang sepi bila menjelang senja. Tiada deruan kenderaan motor apatah lagi Proton saga dan Produo ketika itu, bahkan peniaga - peniaga akan menutup operasi perniagaan mereka seawal petang.

Dengan arus pembangunan dan kemajuan yang rancak bandar kecil ini sedia menerima perubahan dan peniaga - peniaga mampu menarik nafas lega dengan pertambahan kuasa membeli dan kunjungan pengunjung dan pelancung luar yang datang bersantai bersama keluarga di Lata Iskandar dan Lata Kinjang.

Terima kasih saya kepada pembangunan yang dibawa ke mari dan kini Tapah lebih di kenali. Saya tumpang gembira dan bangga dengan Lahirnya UiTM cawangan Tapah di Tapah Road yang pastinya akan  memberiki kemudahan kepada masyarrakat Tapah dan sekitarnya menimba ilmu ditempat sendiri.  Tidak kurang pentingnya pengujudan Sekolah Menengah Sains Tapah dan Kolej Komuniti Tapah yang semua ini untuk generasi yang akan mewarisi bumi bertuah ini.

Kini Pusat Giat Mara Tapah rancak dalam pembinaan dan akan beroperasi bila siap kelak di Pekan Temoh. Semua ini untuk Generasi sekarang dan akan datang. Berbeza dizaman kecil saya dulu yang menjadikan Sek Men Buyong Adil dan Sekolah Abdul Hamid Khan sebagai tempat golongan pelajar menimba ilmu ketika itu.

Tesergam Indah Mahkamah Rendah/Tinggi Syariah Tapah yang disempurnakan oleh Raja Dr Nazrin Syah persamianya sebulan yang lalu sebagai mercu tanda Syiar Islam di Daulatkan di bumi bertuah ini dan bagi menjaga kepentingan masyarat islam tidak terabai. Sebelum ini Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Tapah dan Pejabat Lembaga Urusan Tabung Haji Daerah Tapah juga telahpun di ujudkan dan menjadi tempat masyarakat islam sekitar Tapah mendapatkan perkhidmatan.

Kompleks Penjara Tapah di Tapah Road juga salah satu pembangunan yang di bawa oleh kerajaan dan tidak boleh disangkal oleh mana - mana pihak. Usaha kerajaan untuk mengekalkan kemamanan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat kedaulatan undang - undang menjadi pegangan semua lapisan masyarakat Malaysia lantas Batalion 4 RAMD dijalan Pahang dan Komplek PGA dijalan Bidor  dinaiktaraf . Pembangunan yang dibawa ini juga telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi di Tapah.

Tuntutan untuk mengujudkan komplek perniagaan baru bagi keselesaan perniaga dan untuk menarik pelancung luar Tapah juga telah menarik perhatian pemaju yang turut sama ingin melihat Tapah terus maju dan berkembang seiring dengan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Justeru itu Komplek Perniagaan Swasta sedang rancak dalam pembinaan di bandar Tapah akan memberi impak kepada kita semua.

Saya berharap impian untuk melihat sebuah Masjid Daerah yang akan menjadi mercu tanda penyatuan masyarakat melayu dan masyarakat islam tanpa mengambil kira fahaman dan ideologi bagi menggantikan Masjid Daerah yang sedia ada akan menjadi kenyataan . Harapan saya Masjid Daerah yang bakal di bangunkan ini juga mampu menarik perhatian pelancung dan akan membantu dalam menggerakkan ekonomi masyarakat perniaga dan petani di sekitar Tapah.  

Harapan saya dengan kemajuan dan pembangunan serta perubahan - perubahan yang dibawa akan mengerak dan merancakkan ekonomi  Tapah ke tahap yang lebih baik.                                                                                                                         

Khamis, 4 Ogos 2011

siapa dan dimana kita bermula............

Salam Ramadhan kepada anda semua, mahupun yang berpuasa ataupun yang tidak diberi keizinan berpuasa.Sekian lama tidak bersama kerana kekangan masa dan kesibukan melayani kerenah alam, kini saya gagahi untuk mengisi sedikit masa yang sering mencemburui siapa jua.

Mari kita sama - sama renong, bahawa tiap sesuatu itu pastinya ada permulaan dan sudah pastinya ada akhiranya. namun yang paling peting bagi saya dari mana permulaan kita atau dari mana kita boleh mengenali diri kita sebelum kita di kenali atau mengenali orang lain.
Tidak perlu dipersoalkan lagi setiap kejadian makhluk bersifat  si BAHARU, yang Esa lebih berhak atasnya.

Namun kita dijadikan dari berbilang bangsa, suku kaum dan etnik dan bertutur dalam kepelbagaian bahasa yang unik bagi memudahkan kita di kenali dan mengenali antara kita, Begitu lah kebesaran yang maha Esa.

Cuba anda fikirkan petikan yang saya pinjam ini:-

Setiap orang Minangkabau tentu mempunyai Suku. Suku seseorang lazimnya termasuk dalam (induk@ibu) Suku Koto-Piliang, bisa pula dalam Suku Bodi-Caniago. Jumlah serta nama Suku di setiap negari di Minangkabau tidaklah sama, namun semuanya (Suku-suku apapun namanya) tentu menjadi bagian dari (induk/ibu) Suku : Koto-Piliang atau Bodi-Caniago.

Sebagai ilustrasi dari jumlah Suku itu tidak sama dan namanya berbeda-beda dapat dikemukakan misalnya “Di Sungai Jambu, Koto Anau, Sungai Durian, Pasilihan hanya terdapat 3 suku. Sedang di Gunung Ciri, Koto Hilang, Bukit Bais, Cupak dan Pianggu terdapat 5 Suku. Di Singkarak dan Tarung-tarung terdapat 6 suku dan di Selayo terdapat 7 Suku dengan nama-namanya : Empat Ninik, Seberang Tabek, Tigo Korong, Kampai, Melayu, Tambang Padang dan Tepi Air”1)

Di Silungkang yang terdiri dari 18 Keandikoan, terdapat 5 suku : Melayu, Patopang, Dalimo, Supanjang dan Payabadar. Bila dikaitkan Suku-suku yang terdapat di Silungkang dengan induk Suku, maka Suku Melayu dan Patopang termasuk Suku Koto-Piliang. Sedang Suku Dalimo, Supanjang dan Payabadar termasuk Suku Bodi-Caniago.

Kampung-kampung yang termasuk dalam setiap Suku-suku tersebut sebagai berikut :
SUKU PATOPANG : terdiri dari Kampung-kampung Guguek/Koto Marapak; Paliang/Batu Menanggau; Kutianyir; Talak Buai/Palakoto; Sawah juai. (Suku Kotopang)

SUKU MELAYU : terdiri dari Kampung-kampung Melayu. Panai Koto Baru/Rumah Tabuh; Panai 4 Rumah/Guguak Binok; Panai Tigo Tingkah; Sungkiang/Batu Bagantuang.

SUKU DALIMO : terdiri dari Kampung-kampung Dalimo Kosiek/Dalimo Singkek/Guguak Ciporan/Siguntuang; Tanah Sirah; Dalimo Godang dan Dalimo Tapanggang/Dalimo Cocah.

SUKU SUPANJANG
: terdiri dari Kampung-kampung Dalimo Jao Ateh dan Dalimo Jao Bawuah.

SUKU PAYABADAR
: terdiri dari Kampung-kampung Malowe Mudiek dan Malowe Hilir.
Kelima Suku di atas berasal dari 13 Ninik. Ninik-Ninik terbagi dalam dua kelompok. Kelompok pertama disebut “Nan 10 Niniek” (Kampung-kampung dalam Suku Melayu dan Patopang) Kelompok kedua disebut “Nan 3 Niniek” (Kampung-kampung yang terdapat Suku Dalimo, Supanjang dan Payabadar).

Sumber :
Buku Silungkang dan Adat Istiadat oleh Hasan St. Maharajo

Jumpa dilain masa barang diizinkan.
Busuasan

Jumaat, 10 Jun 2011

Kenapa dan mengapa KutiAnyir..............

IBUNDA KU kini bukan seperti Nya sekarang, Gagah, tampan dan terbilang. Tanpa mereka yang berjasa dan menunjukkan ini lah BONDA MU, mana mungkin aku ketahui nya. Berdagang Moyang ku ke Mari bagi menentukan keturunan Nya tidak pupus dek penjajahan di Tumpahdarah Nya, meskipun sayang untuk meninggalkan tempat tumpah darah Nya, nyawa di pertaruhkan mengharung badai melepasi selat melaka membawa bersama sedikkit Bekalan dan Adat untuk peninggalan Anak cucu mereka dan tidak di tingglkan bah kan di Junjong KESUKUAN KAMI dari Kuti Anyer, Ampu Berajir, Bonou, Pungkut, Kanang Kopoh, Mendiling, Melayu, Negori dan sebagainya dan kembang biaklah kami ke sampai hari ini.

Berlabuh dan mudiklah perahu yang di dayung bersama - sama dari Desa Kumo, Rambah Hilir, Pasir Pengeroyan, Kepulauan Riau setelah berharian bergelut dengan ombak dan badai tanpa rasa putusasa, ke Kg yang mereka namakan akan dia Kg Rambah Lukut, Kota Tinggi, Tanah Melayu. Merekalah Pahlawan, Pejuang, Pemegang Adat dan tak kurang juga antara nya Ilmuan Agama yang di Segani pada zaman mereka dan hidup dalam satu keluarga yang besar yang kaya dengan adat yang dikelek dan mejunjung Agama. Muncullah SEMERAH PADI arahan Tan Sri P.Ramle di kg Lukut sebagai tanda Agama Moyang ku letakkan di Singgahsana.

Aku Bangga dengan semangat kental Moyang Ku, demi menjaga maruah bangsa dan menentukan ketuanan Melayu tidak kepupusan dan bagi memastikan keturunan Nya kekal dari penghkhinat yang melanggar dan menjajah kg halaman mereka. Jangan sekali kali ada yang cuba memesong dan memperkecilkn pandagan dan dengan nada pengecutnya mentafsirkan Moyang kami lari dari penjajahan di Tanah Air mereka. Bukan lah Moyang dari darah yang pengecut seperti mereka. Kerana merekalah aku mampu menulis saat ini.

Namun aku bukan penulis, pengkaji sejarah juga bukan. Aku sama macam orang lain. Cuma aku suka bertanya pada mereka yang lebih senior dari ku untuk mendapat sedikit info dari mereka. Tapi tentunya mereka yang akrab dengan ku. Zaman remaja ku...... Aku bertanya pada Ibu, Uwak dan Abah ku.. Bila aku berkesempatan balik ke Johor, aku betandang ke rumah sanak saudara ku yang ada di sana dan medapatkan ilham dari mereka. Yang ku ingat...... selain Uwak Kombot dan ibu ku ( Itam), Pak Ngah LUJI yang mengenalkan SIAPA AKU dan KUTIANYIR....... cukup buat kali ini.........